06/01/2010 - 07/01/2010 - LIFESTYLE BLOGGER

Rabu, 30 Jun 2010

Walaweiiiiii BIAR BETIK..kahhh

4:07 PTG
Walaweiiiiii BIAR BETIK..kahhh
uolz tau x ape itu VUVUZELA..vuvuzela ni adek badek trompet la..alah yg deme dok bunyi satu stadium..ritu ms tgk piala thomas geram aku bising giler..tu baru tgk kat tv..masyallah bengit tol...korg tau ke ASAL USUL VUVUZELA ni....

skrg ni VUVUZELA IS THE HOTTEST NOW AT WORLD CUP..mn2 game pun ada kot..kasi meriah skit games tu..

korg tau ke ASAL USUL VUVUZELA ni
ha meh ler nengok kt bwh ni...

HARAP JGN PITAM YE..kahhhhhhhhhhhh

no komen..gelak aje kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

aisey beliau ni senyum plak..almaklumlah msok blog aku kahhhhhhhh

kahkahkahhhhhhhhhhhhhhh aku x larat nak gelak weiiii smpi terkentut2 buih bau lavender ko..wakakakakakaka...adoyai..ntahlah org tu kata asal usul vuvuzela ni dr org asli afrika..deme buat sebagai alat pelindungan 'tut'..tp awat yg PANJANG sgt tu..kahkahkahhhhhhhhhhhhhh berdekah3...

aku x larat gelak weiiii sakit urat2 kentut ni ha kau

next time THINK CAREFULLY BEFORE YOU BLOW ONE!!!!!!

waka waka eh eh waka waka uh uh

Isnin, 28 Jun 2010

Kemalangan Yg Menyayat Hati

11:17 PTG
Kemalangan Yg Menyayat Hati
Salam,
Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan diantara tentera dan sebuah motor sepasang suami isteri dari Thailand. Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan walaupun MEDIC ASKAR "berkeliaran" didalam kem tentera tersebut. Seorang yang kelihatan lagaknya seperti pegawai askar menjerit kepada medic untuk
datang ketempat kejadian, tetapi dihalang oleh MP untuk keluar dan mengambil masa yang begitu lama untuk keluar. Setelah berada lebih kurang 20 minit ditempat kemalangan, saya meninggalkan tempat kejadian sebab nak bersolat asar. Dalam pada itu, ambulan awam dan tentera masih tidak kelihatan.

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang. Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan. Malah darah di kaki beliau sudah kering,....kesian yang amat. Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod.

Saya rasa, kalaulah begini layanan/diskriminasi terkini tentera kepada orang awam, alamatnya mati dulu ler orang awam kalau berlaku apa apa

dalam dunia sekarang ni susahlah nak kata.....perikemanusiaan memanglah dah HILANG...
dah lebih kepada perikehaiwanan....Org M'sia ker Thailand ker.....kita kan manusia!!!! Sedih bila tgk ATM kita mcm nie punya perangai!!!! !

Tapi yg ramai ramai tu tgk aje ker??? Tak de siapa yg ada kereta bawa org tu g clinic or hospital???


nota bijik: copy paste dr email..kesian betul org tu..smpi kering darah x smpi2 bantuan..org keliling wat dek jek bengong xde akai..lagu tu ka manusia weiiii..tp org yg amek gambar tu pun sm 2x5 adoiyaiiii....

Selasa, 22 Jun 2010

Ujan2 mkn laksa...mmg SYIOKKKK :)

8:00 PG
Ujan2 mkn laksa...mmg SYIOKKKK :)
today monday as alwiz aku cuti...od pun kebetulan cuti...dr pg td asyik ujan jek..perut pun rs nak mkn laksa...anak buah pun ada balik stay kt sini smpi abis sem..so nk bw dia g jln2...so plan nk pi laksa jagguih (jagus) kat balik pulau..pas asar kami gerak ngan 2 bijik kete..:) ujan still turun lg

perjalanan agak slow skit..almaklum org pas balik keje...

one of the femes laksa in Penang...penah msok JJCM :)
rsnye bolehlah

ni bihun sup th'ng..x sngka lak bihun ni sedap..od yg order..:)

pulun time hahahaha

od mkn dua pinggan..bihun th'ng (cam bihun sup) ngan laksa...ujan2 ni lapo la katakan

laksa feveret danish jugak

dah mkn nak main ujan pulak adoiii

muka danish gitu pasal dia nak camera..nk snap gambo

ni danish yg snap...hehehe

pas balik dr mkn laksa tu...jpe lak org kmpg kami..singgah lak g umah dia..tup2 ada lak kebun DURIAN..makk aii rezeki kami dpt mkn lg...OD mmg x mkn doyan..katanya cam 'tut' ekekeke..aku x leh jpe doyan..haaa od kata..x abis lg ke..ya rabbi mkn lg..aku pun stop ler giler kau mkn x henti2..riso lak..pttlah kembang jek aku sejak 8 menjak ni..mkn..mkn..mkn hehehe

balik dr mkn laksa n durian..smpi umah od lak suh grg kopok leko (kwn beliau bg)...comel2 jek kopok leko ni..hehehe

pehal minah ni...kahhhh jgn layan..gedixxx memanjang nyamfah...:)

Jumaat, 18 Jun 2010

Siti Naik Heli Ke Rompin

4:59 PTG
Siti Naik Heli Ke Rompin
Mungkin sudah menjadi trend buat para selebriti, selepas Jejai membuat kejutan dengan menaiki helikopter sebagai kejutan buat Fasha Sandha, kini Datuk Siti Nurhaliza pula mengikut jejak langkah’nya. Tetapi, hasrat Datuk Siti Nurhaliza kali ini lebih untuk mengejutkan penduduk Rompin sempena majlis Rompin Fest.

Sudah pasti penduduk Rompin amat gembira dengan kehadiran Siti Nurhaliza yang memeriahkan majlis tersebut. Mungkin juga kedatangan Siti Nurhaliza ke daerah Rompin sedikit sebanyak dapat membantu mempromosi’kan produk kecantikan terbaru beliau, Simplicity. Kami tidak mahu cerita panjang, cukup beberapa keping gambar untuk menjelaskan segala’nya. Enjoice!


alahaiii lawo kan beliau..pki product SimplyCT ke or SKII kahhhhh

nota bijiik: duit byk bkn takat heli je leh naik..segala macam tok nenek dia leh naik..milionaire la katakan..tp heran mn pi tudung beliau...mayb ms nek heli terbang ditiup angin kot..kahhhh papepun beliau mmg lawo geram aku :)

Rabu, 16 Jun 2010

Berhabis wang untuk KASUT

12:00 PTG
Berhabis wang untuk KASUT
Ada wanita yang sanggup berhabisan untuk barangan mekap dan pakaian tak kurang juga untuk kasut. Pantang nampak kasut yang cantik, terus beli tanpa berfikir panjang.

Hahahahah dulu ms anak dara..mmg giler kasut...npk cun..beli..npk cun beli..pas2 simpan..xpki langsung...kdg2 sj2 beli sbb cantek...eh kaler cun..eh sexynye kasut ni..eh ada sales..kasut kasut kasut...mmg time anak dara mcm2 kasut..ada kasut g kelas...kasut jogging..sandle...high heel...kasut lepak2..santai..kasut dating dinner..kahkahkahhhhhhh
aku x kisah kasut tu jenama ke x..janji lawo sedap pakai...dulu mmg kasut high heel sesajo g ofis sblm kawin..:)

skrg ni jgn haraplah...satu kasut semua agenda boleh jalan kahkahkahhhhhhhh...skrg ni layan kasut sport ngan kasut biasanye (universal) semua leh masok...sbb ngan anak2 kecik tu cam mn nak kejo weiiii..ish2..nak pakai kasut high heel lg lah parah...kang ada jek drama2 yg x ikhlas kat sopin2 kompleks..seorang ibu terjatuh gara2 mengejar anak hahahahahaha kan naya

Suka beli tapi tak pakai2 - Norkhiriah
-Saya mmg kaki beli kasut. Kdgkala saya suka beli tapi x pakai. Akhirnya saya byk pakai selipar. Saya suka membelinya sebab saya suka tengok kasut cantek. Saya lebih byk kasut jenis wedges dan sneakers drpd kasut tumit tggi. Saya juga x beli kasut berjenama. Janji kasut itu cantik, saya x kesah harganya. Asalkan ia selesa dan senang digayakan sudah cukup. Apa guna kasut cantik tetapi apabila di pakai kaki sakit


Tak pilih jenama - Mila
Saya mmg byk kasut dan saya tidak peruntukan tertentu untuk beli kasut. Bila perlu yang baru saya beli. Saya juga tidak pilih yang berjenama asalkan kasut itu selesa, sesuai dan boleh diguna pakai dalam mcm2 mjlis. Pilihan saya selalunya kasut jenis wedges bukan tumit tinggi dan kasut2 ini saya simpan dlam satu rak khusus.

Anda bagaimana?

Selasa, 15 Jun 2010

Layanan Seks MANTAP - Hati Suami Terikat

10:33 PTG
Layanan Seks MANTAP - Hati Suami Terikat
Tidak pandai melayani kehendak seksnya dan tidak rasa puas!!!!!!Apa lagi yang tidak puas, setiap kali diminta aku beri, termasuklah di tengah malam-malam buta. Apa lagi yang kurang!!!!
Ini antara masalah2 yang selalu dihadapi oleh isteri2 di luar sn. Kat sini aku nk kongsi tips2 caner nak beri layanan tip top kat para suami, supaya suami x byk komplen...amboi2..komplen mcm la terer sgt kan..hehehe xpe2...apa yang penting para isteri harus mencari jalan dan melakukan yang terbaik untuk suami ye dok kahkahkahhhhhhhhhhh

1) Penuh Kasih Sayang
- Seorg isteri harus bersikap penuh kasih sayang terhadap suami, menyayangi, lebih mengambil berat dan merendah diri, memberikan pemahaman, ramah, mesra dan membelai manja dan melakukan perkara yang seeloknya dilakukan oleh seorang isteri.

2) Beri Setiap Kali Diminta
- Setiap kali suami "menginginkan" jangan sekali-kali menolak. Bila perlu tawarkan sj kepadanya untuk melakukan hubungan seksual. Apa salahnya anda berdua suami isteri yang sah. Jangan menolak kehendaknya w/pun anda tidak bernafsu ataupun kurang mood untuk seks. Usahakan untuk membangkitkan ghairah perlahan-lahan. Pokoknya seorang isteri itu harus sentiasa bersedia untuk melayani kehendaknya setiap masa.

3) Seksi dan mengoda
- Pakai dan tampillah dengan sesuatu yang boleh membangkitkan ghairah suami. Misalnya dengan berpakaian nipis sehingga lekuk-lekuk tubuh kelihatan dengan jelas. Suami mmana yang sanggup meninggalkan rumah bila melihat isteri dala keadaan sedemikian. Sekiranya perlu, pamerkan aksi-aksi mengoda di hadapan suami supaya dia bernafsu dan ingin bermesraan. Nescaya suami tidak langsung mempunyai hasrat untuk berfoya-foya di luar.

4) Cuba sesuatu yang baru
- Setiap kali melakukan hubungan intim bersama suami, cuba lebih agresif. Tampilkan sesuatu yang baru supaya suami tidak bosan dan puas hati. Layanilah suami hingga menimbulkan kesan yang mengembirakan dalam dirinya.

5) Wujudkan suasana romantis
- Sekeras-keras lelaki pasti kalah dengan kelembutan wanita. Bersikap lembutlah dengan dirinya sungguhpun anda sedih dengan kelakuannya. Sekali sekala bangkiktan suasana romantis ketika bersama dengannya. Selain lilin dan alunan lagu yang mendayu, suasana ini dapat dihidupkan dengan pemakainan bauan spt myk wangi, wangian aromaterapi dan losen yg harum.

6) Layanan terbaik- Selain dari menawan suami dengan seks, isteri juga perlu pandai mengambil hati suami. Bukan sekadar menjamu mata dengan penampilan anda yang seksi, layanlah juga keperluan lain yang penting buat seorang lelaki. Antaranya makanan dan juga menjaga anak-anak dengan baik. Sekiranya anda memberi layanan terbaik untuk dirinya dalam segala sudut, pasti suami sendiri akan berasa bersalah untuk melakukan sesuatu yg melukakan hati isteri.

ape lagi serang lah..wakakakakaka..sharing is caring

Akasia TV3- SYAH JIHAN

10:29 PG
Akasia TV3- SYAH JIHAN
assalamualaikum uolz..slm sejahtera :) hope korg sihat n ceria2 sllu..amboi bahasa di pg selasa sgt budi pekerti kahkahkahhh...

w/pun skrg ni tgh demam bola sn sini bola..tp aku w/pun x suka bola..adalah tgk jugak tu pun x abis..tp suka tgk team yg kuat2 jek..then kalo ada yg dpt gol tu..aku tetiba jek jerit..golllllllllll yeahhhhhhh..hahahahah tp x tau team mn yg tgh lawan...:)


selepas kita dihidangkan ngan akasia ADAMAYA..slot akasia TV3 kali ni menayangkan pulak akasia SYAH JIHAN...aku rs rmi x ikut drama ni..tp aku...ikut jek..dah xde wat ape petang2 tu tgh balik keje lepak2...w/pun drama ni x sehebat adamaya..tp syok jugak layan...dlm adamaya kita ada mika ngan dani yg kelako..tp dlm syah jihan ni ada jugak iaitu muzamir ngan mak beliau..muahahah gelak tgk lakonan derang
cite ni mmg berbelit2..mcm2 genre..sat kisah aisyah..sat kisah jihan jiman johan..muahahaha..fenin2...campur aduk..title tu x sesuai lah letak Syah Jihan..ptt letak..Dendam dan Cinta..heheheh wahhh hebat x aku pya title tu..muahahahaha tp smlm cam suspen..

SIAPA AMRAN?ANAK KEPADA ISTERI TUAN HARIS?ADAKAH AISYAH ITU BETUL2 ANAK TUAN HARIS ATAU ANAK LUAR NIKAH?YG PASTI MUZAMIR DAN MAKNYE SGT HEPI SBB AISYAH NK CEPAT2 KAWIN NGAN MUZAMIR..hahahahaha gelak besar mereka itu...SAKSIKAN HARI INI SAMBUNGAN...mmg suspen...layan je

nota bijik: sllu sgt nyanyi lagu tema tu..pergilah pergi kau dariku..biarku jalani hidup tanpamu..kahkahkahhh tgh shower pun nyanyi :)

Isnin, 14 Jun 2010

Burger King + KLCC+ Nasi Lemak Antarabangsa

10:00 PG
Burger King + KLCC+ Nasi Lemak Antarabangsa
sblm kami gerak balik ke penang...kami sempat singgah KLCC..aceh ceh cehhh mcm ler x penah g kan...kahhhhh...abis tu x tau nk g mn...sj lah bw budak2 tu g jln2..cuci2 mata..hikssss
org sgt2 lah rmi..hari cutilah katakan...danish lak buat hal..mayb dia sgt2 letih 2 3 hari ni kot..sbb bila dia tido..kami dah smpi destinasi..so kejap2 je tido..bila x cukup tido dia wat pasal lah..nak berdukung pulak budak 3 tahun berat 20kg tu...sib bek la mama kamoo ni kuat..abah dia xmo..last2 aku pujuk..kejap je tau..mama penat..dia angguk je...

ms ni kat tasik KLCC tu..dia g kutip tisu2 kat tepi2 jln tu..abah dia marah pukul n tarik tinge..tu pun x dgr cakap...bukan pe dia nk g campak buang tisu tu kat tasik..adoyaiii...last2 kat aku kena pujuk dia...hehehe..tgk mulut dia dok ketip cam gitu..tu gara2 dia takut kan ari tu pecah molot..so 2 3 hari cam tu lah..smpi tido pun gitu gak...dah jd ikutan lak..so aku xmo lah gitu kan..so pelan2 lah suh dia bukak mulut tu...:) skrg dah OK..kacak balik yeharrrrr

peace no war yeharrrr

ni smua od yg tangkap...dah mcm photoG pki DSLR je kan...tetiba od kata..x leh jd ni kena beli dslr 1...wahhhhhhhhhhh best ni..hehehe

model KLCC terbilang gemilang kahhhhhhhh

arwen yg suke menyengeh n kadang2 blur jugak budak ni..kahhh

bw mainan kete tu cam xpert jek pusing2 dia puya stering..hebatttt kahhhhhhhh

yeharrrr...od nk mkn burger king pulak...so terjah BK pulak...ape lg danish mtk eskem kesukaan dia...vanila

arwen pun nk 1..satu tu dia boleh abiskan sorg...syabas betey..hehehehe

org yg kepingin BK...
bila BK nk mai Penang ha...

pas tu kami gerak ke Kpg Baru..tetiba teringat lah kat Nasi Lemak Antarabangsa yg sllu Tv9 dok promote tu..cr pya cr...dpt gak ketemu...tp indah kabar dr rupa....nasi lemaknye mmg x sedap weiiiiiiiii..apakahhhhhhhh..betul ke ni..bkn ke nasi lemak ni yg femes tu...od mtk ayam ngan sotong..korg tau bape dia cas RM17 (2set)...makkk aii giler kentang pya mahal..dah le pulak tu ayam dia liat nk mmpos separuh msk weiiiiiiii...sambal tumis dia...sgtlah x pedas n mcm msk x ikhlas jek...AKU MSK LAGI SEDAPPPPPPPPPPPPPP..od ngan aku nyesal x sudah2...coiiiii

pas2 baru kami gerak balik ke penang...alhamdulilah selamat pergi dan pulang

Ahad, 13 Jun 2010

JALAN SUBANG AIRPORT - KISAH BENAR

10:12 PG
JALAN SUBANG AIRPORT - KISAH BENAR
Aku nak rehat sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap “ Ok…” jer...,

Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb…

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu….., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi belakang …, lepas tu….. aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti....

Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan. .... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu…

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul….

Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia “ Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap... tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.

Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga..

Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini…

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua… walau apa pun…

Innalillah.. hiwainalillah…hirrajiun. .. semuanya dalam kekuasaanNYA.

(Sekarang ni aku nak cari bantal beb…, harap-harap tak mimpikan dia dan aku tak demam sudah la…) wallahuaklam

Sabtu, 12 Jun 2010

AWAS!!!!JGN TGK JIKA ANDA LEMAH SMGT!!!!!!

2:49 PTG
AWAS!!!!JGN TGK JIKA ANDA LEMAH SMGT!!!!!!
AKU NASIHAT PD KORG YG LEMAH JANTUNG..LEMAH BATIN (PERLU KE) KAHHHHH... PENAKUT!!!!..X SGGUP TGK TP NK TGK!!!!..TERPULANG..IBU2 MENGANDUNG PUN ELAK TGK OK...KALO TERTGK DIMAAFKAN..:)




MAMAT NI ACU PISTOL KAT DAGU..THEN TEMBAKKKKK!!!!!!
MAMAT NI MASIH IDUP...AJAL BELUM SMPI
NGERIIIIII

Khamis, 10 Jun 2010

Ciken Cop

11:41 PTG
Ciken Cop
so spt yg telah mklum aku kan pose rini..last day setel utang...so aku teringin nk mkn western food..ciken cop..hehehe...bajet pun elek dek kerna kete rosak ngan g kl ritu..so mtk lah kat lalink ku..lalink nk mkn ciken cop arrr smbil moncong molot....dia kata ok..later we go ok...hahahahah lepas g klinik amek ubat sbb anak2 aku batuk n selesema then singgah kt Sany Cafe kat Sunshine tu....

od order char ketiaw spesel...this one is the best lah char ketiaw in Penang

yeharrr aku pya....ciken cop..oklah not bad..leh diterima perut aku yg kosong tu kahhhhhh

haaa pas mkn tu kami terus balik...benonye kami berdua ada projek nak siapkan..projek hantaran tuk bil aku nak tunang mggu depan..so kami cadang nak wat masjid n bg buah jek..
so ni baru halfway..nti dah siap aku tunjuk eh..ok x?

ni bakul yg ringkas aku buat..alahh main tempek2 gam2 jek...tema hitam silver..yeharrr

anjing pun gatai jugak..ish3x

3:40 PTG
anjing pun gatai jugak..ish3x
klik play video kt bwh ni



aku igt manusia je gatai..haiii binatang pun pun ada perasaan gatai eh..tgklah tu kemain ha mengusik...celah tu gak dia nak pung...kahhhhhhhhhhh amek bau kot..berdekah3
sapalah pya tuan anjing ni eh..ke sama jek tuan ngan anjing tu muahahahaha

bila tgk anjing ni aku teringat lak kes aku ms aku sekolah menengah dulu
aku kn pengawas..so aku lah tukang bukak gate sekolah..so akulah murid pertama yg kuo dulu
nak dijdkan cite..ms aku nak bukak gate tu ternpk la sorg mamat ni...buruk ok..haha
x suspek la pape..then aku ameklah beskal Le-Run (ewahh berlagak tu)..ke luo pagar sekolah tu..tetiba kan..mamat tu panggey (umo dlm lewat 40an)..bila aku toleh...dia tunjuk anu dia..mula2 tu aku x sedo...then aku fokus kt situ...terus aku menjerit lintang pukang bw beskal x hengat ape..smpi umah terus diam kahhhhhhhhhh..giler kentang wooo..eee dasat bila teringat...ghupenye bukan aku sorg je..rmai dah mgsa yg terkene murid2 sekolah aku ler..ish3...
ntah org pggey mende flyer ke mende...:)

2 Batang sudah cukup..

12:00 PTG
2 Batang sudah cukup..
smlm start ari selasa aku dah berposa..pose ganti k..lgpun sejak 5 hari b4 ni...(kt kl) aku mkn x hengat...smpi perut aku naik sebu rs nak pecah perut...kahkahkahhhh so aku nekad nk pose je...lgpun aku ada lg 3 hari x ganti...ramadan pun nak dekat dh kan...hiksss so arini last la aku berpose..horayyyyy...so 2 hari lepas aku dh beli eskem malaysia ni 20 sen...kat kedai depan umah ni..so igtkan pas berbuka nak la mkn...lupa lak so buat aku meleleh sbb teringat dek eskem kacang hijo ni..huhuhu..ape lg smlm aku pun berbuka terus ngan eskem ni..waduh waduhhhhhhh sedap nyerrrrrr..smpi 2 batang aku sapu...muahahahaha...abg od kt bwh jgn jeles ok....kahhhhhhh berdekah3...see abg od dah potong rambut...rasa lapang gilerrr :)

jgn sape2 pun kaco...tgh concentrate ni...kahhhhhhhh

muka monyok sbb x dpt eskem...kahhhhh

arwen pun nak jugak...

ni danish ms kt kl...nak tau 2 hari x mkn n minum ..bercakap pun idok...sbb mulut pecah dek berebut mainan ngan cousin beliau..so danish takut nak bukak mulut..sakit smpi nanah..so mmg 2 hari x mkn ape pung..mnm susu pun x..so ada satu mlm aku riso dah budak ni x mkn ape..takut lembik lak nti..so aku berkeras smpi aku marah2 beliau n buat kasar ngan danish...aku bukan ape..takut lak lain jdnye..alhamdulilah lepas aku marah2 n pujuk2 dia...baru dia nak minum susu n milo..lega aku..kalo x jgn harap aku nk tido lena...hehehehehe..aku kalo bab anak x mkn sure x leh sng...riso sbb takut deme ni lapo nti..xde tenaga..tp sbbkan aku ni bijak la kunun2 muahahah dpt atasi budak lasak ni ngan jaya....
pas kenduri tu..baru lah aku dengor danish bersuara...mama lapo...sambil tunjuk perut..alahaiii kesiannye..pas2 x henti2 dia bercakap smpi kami semua x tahu nak cakap ape...kahhhh

nota bijik: rini last pose..so ESOK HARI RAYAAAAAAAA yeharrr

Rabu, 9 Jun 2010

Serba Kuning-Nyambut Menantu

10:29 PTG
Serba Kuning-Nyambut Menantu
sabtu lepas kenduri pihak lelaki di Ampang pulak...alhamdulilah perancangan semua berjalan lancar...cousin2 aku yg lm x jpe pun dpt bertemu...rs segan pun ada..hahahaha
mmg penat..dan cuaca yg agak panas membuatkn kami rs nak balik cepat2 hahahaha...gambar2 ni pun adek aku yg sorg tu yg kasi..aku lak malas nak snap2...penatlah...lagpun kete aku rosak..so nak g cr w/shop..kebetulan sabtu tu public holiday so ssh nak cari w/shop yg bukak..adoyai...nak g party besday dina (anak syapa) pun aku kene kensel..sbb kete problem..huhuhu

pengantin serba kuning...

ni time aku renjis/tepung tawar pengantin...aku wat lawak ms ni..kahhhhhhhh semua pakat gelak muahahahaha

arwen yg dok nganga tgk pengantin..muahahaha mama control ayu ok...yeharrr


ni smua cousin2 aku..sorilah belah lelaki x sempat nk snap sbb kejo ms..sian pulak deme..so od pun x ada dlm gambar2 ni...geram jugak ms nak snap gambar ni..ada rombongan dr Indonesia saudara belah pengantin lelaki nak snap gambar ramai2 dulu..tp aku dengan kuasa VETO...sabar..kami nak snap dulu...muahahahaha jaat x aku

seharian mmg penat...pas tu kami g w/shop pulak repair kete..tu pun naik lenjun aku ngan anak branak sbb menunggu org buat kete..tp malang spare part xde..huhuhu balik cheras terus lepak sn...